1. Vaksinasi
Individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria kriteria berikut
- Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Cormirnaty (Pfizer BioNTech COVID 19 AstraZeneca (Oxford AstraZeneca), CoronaVac Sinovac Spikevax Moderna dan Covilo Sinopharm individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke 14 dari tarikh suntikan dos kedua atau
- Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti COVID 19 Janssen (Johnson Johnson) dan Convidecia CanSino individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke 28 dari tarikh suntikan
2. Rentas Daerah dan Negeri
Menunjukkan surat kebenaran yang telah diluluskan oleh PDRM apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR)
3. Rentas Daerah
- Rentas daerah dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan Kad Sijil Digital Vaksinasi COVID 19 dan kad pengenalan pasport sebagai pembuktian
- Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak anak berusia 17 tahun dan ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum
4. Kawalan Pergerakan
- Rentas daerah dan negeri berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri) tidak dibenarkan kecuali Individu yang telah lengkap divaksin untuk tujuan merentas daerah sahaja Pasangan jarak jauh anak jarak jauh dan individu yang telah diluluskan pergerakan oleh KKM dan PDRM untuk tujuan merentas negeri
- Selangor, W P Kuala Lumpur dan W P Putrajaya dijadikan satu kawasan jangkitan yang sama
- PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM RELA Laluan keluar masuk kawasan PPN ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM
- Pergerakan bagi individu yang telah lengkap divaksin dibenarkan berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan
- Manakala bagi yang belum mendapat vaksin lengkap Hanya dua 2 orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan ubat penokok diet dan keperluan asas maksimum tiga 3 orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan perubatan ujian saringan program vaksinasi keselamatan atau kecemasan
- Bilangan penumpang dalam teksi dan e hailing dihadkan kepada dua 2 orang sahaja termasuk pemandu penumpang mesti duduk di belakang
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi Jawatan adalah berdasarkan kapasiti kenderaan
- Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi 24 jam
- Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti pengangkutan pekerja bas henti henti bas ekspres feri dan lain lain pengangkutan awam dibenarkan berdasarkan kapasiti kenderaan
5. Perkhidmatan Swasta
- Semua sektor perkhidmatan perlu yang diluluskan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PPN tertakluk kepada surat kelulusan Kementerian yang berkaitan Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan
- Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 80
- Semua pejabat swasta bukan Kerajaan yang tidak disenaraikan sebagai pekhidmatan perlu dibenarkan beroperasi dengan syarat pekerja telah lengkap divaksin seperti berikut:
- 40 Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 pekerja
- 60 Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80 pekerja
- 80 Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 pekerja